Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SKBT dan selamat menjejakkan kaki ke alam persekolahan bagi para pelajar tahun 1 yang akan mendaftarkan diri pada 31hb Disember 2011 dan memulakan sessi persekolahan pada 3hb Januari 2012.
Wednesday, December 28, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Surah Penawar - Surah Al-Kautsar
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya’Allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
![]() |
Friday, September 9, 2011
Khas Untuk Calon UPSR,PMR,SPM,STPM - Tips Menghindari Rasa Takut Menghadapi Peperiksaan
Setiap orang yang menghadapi peperiksaan khasnya peperiksaan yang penting seperti UPSR, PMR mahupun SPM pastinya berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Itu semua sebenarnya emosi negatif. Kita kena tukarkannya menjadi emosi positif, emosi tenang. Kita kena hilangkan rasa gemuruh. Rasa gemuruh tersebut biasanya datang walaupun kita sudah bersedia dengan dengan persediaan yang rapi. Bak kata orang, persediaan kita sangat rapi hingga setiap jawapan kita ibarat skema jawapan.
Bagaimana caranya? Berikut adalah 6 cara atau tips untuk membuat Anda tenang sebelum exam bermula. Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM yang akan datang
1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.
Kita tak tenang sebelum memulakan peperiksaan sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan bermula, buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang Anda boleh jawapan soalan tu satu persatu. Katakan pada diri Anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.
2. Gunakan mindset berani gagal.
Bila Anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawap soalan peperiksaan.
3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawap kertas soalan.
Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan Anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat Anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang ‘mental black’. Idea-idea untuk menjawap soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.
4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.
Biasanya, kita gusar sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup bersedia hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan konpiden. Lainlah kalau persiapan last minit, memang gemuruh punya.
Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.
Kita tak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawap apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.
5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.
Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun Anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.
Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan Anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati Anda untuk membuat Anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan Anda belajar ni adalah untuk mereka.
Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawap peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.
Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah penangan cinta.
6. Ingat masa depan Anda.
Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan Anda. Kita mengambil peperiksaan supaya kita lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.
Bayangkan cara hidup yang kita nak nikmati, bayangkan yang Anda dah ada jawatan tetap, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab Anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.
Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga gemuruh, beritahu diri Anda yang Anda mahu rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”, ulangi berkali-kali.
Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan selama 7 saat, seperti yang saya katakan di atas tadi.
Sumber : http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com
Tip Persediaan Akhir Menghadapi Peperiksaan
Kita
percaya semua calon peperiksaan awam yang mahukan kejayaan,para guru
dan ibubapa sedang sibuk memberi fokus serta keutamaan kepada persediaan
menghadapi peperiksaan berkaitan.Di sini terdapat beberapa tip untuk
cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi
pelajar-pelajar yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) tidak lama lagi.
Bagi
pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM
dan STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan
persediaan anda.
Sepertimana
kita maklumi, pada minggu hadapan bermula 13 – 15 September, Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diadakan.Kita percaya disaat ini
pelajar-pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat
persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
nanti.
Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk
pekongsian kita bersama dan diharapkan ianya dapat membantu
pelajar-pelajar menghadapi ujian dengan yakin dan bersemangat .
Antaranya ialah :
1. Semak jadual
Menyemak
jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar,
khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut
kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila
tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada
hari pertama peperiksaan.
Jika
melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang
menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah
kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak
latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak
diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh
itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama
menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras.
Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping
membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar
pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau
kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan
sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi
semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat
adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi
peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat,
antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama,
sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat
dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain
di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan
masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota
ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati
semula apa yang telah dipelajari.
Dalam
pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk
menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan
minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur
hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi
tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu
belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu,
apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat
seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya
manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua
perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata
orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu
juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa
beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan
boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah
segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan
peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis
khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan
beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan
tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya
tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu
supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan
tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua,
pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan
peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih
dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah
akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat,
perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya
membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika
berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan
anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri
jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu
membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali
gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila
menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi
kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir
mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar
itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang
ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika
menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan
jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam
kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah
tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun
sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun
subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas
peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah
dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan
terakhir.
Pembahagian
masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang
diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal
sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga,
selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda
tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya.
Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda
terpesong atau salah.
Jika
ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika
menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu
setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang
peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda
seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh
mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah
supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap
peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering
kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam
hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan
diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita
berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata
terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai
kejayaan.
Itulah
di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan
persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan
panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat
persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti
Sunday, August 28, 2011
Saturday, August 27, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)






