Sunday, August 28, 2011
Saturday, August 27, 2011
Tuesday, August 16, 2011
35 PETUA PELAJAR CEMERLANG
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah.
Pelajar cemerlang akan:Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.
Kajian menunjukkan bahawa:
-kita ingat 10 % apayang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan.
Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)....Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum.
-tidak ponteng kelas.
Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
Tahu teknik merangsang memori:-
-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
-Sentiasa awal dan mendahului:-persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
Mempunyai teknik membaca yang betul:
-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul-memberikan tumpuan sepenuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
-Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
-Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
-Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
-Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
-Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).
Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
-Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
-Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
-Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
Tahu petua mengulang kaji-cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna-duduk tegak dikerusi yang selesa
-baca doa penerang hati-baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul-fikir dan ingat kembali isi utama-catat/lakar
-semak semula ketepatan maklumat
-ulang sebut atau ceritakan pada orang lain-buat rumusan
-jawab soalan-tampal maklumat yang rumit di dinding-baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.
-Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
Tahu petua-petua agar tidak lupa:-
-jangan makan kepala ikan-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri
Tahu kemahiran mengingat:-
-tampal nota-nota penting di dinding
-tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajahgunakan kaedah akronim
-reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
Cekap mengatur jadual belajar:
-mempunyai jadual belajar-patuh kepada jadual
-buat jadual yang boleh diikuti
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui.
Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
Pelbagaikan tempat belajar.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-taat kepada Allah-mendirikan sembahyang
-menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-hormati & sayangi guru
-bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-membantu rakan yang memerlukan
-berdoa dan bersyukur kepada Allah
-sentiasa bertawakal
-mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga
-cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya.
Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.
Semoga bermanfaat.
Monday, August 15, 2011
NUZUL QURAN
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran
Sunday, August 14, 2011
5 perkara rosakkan pahala puasa
Perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa seseorang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Hissiyyah (jelas dan diketahui umum) dan Maknawiyyah (tidak disedari). Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Lima perkara yang merosakkan pahala puasa seseorang”.
1. Menipu – ia satu daripada sifat orang munafik. Nabi SAW ditanya adakah wajar bagi seorang dikatakan pengecut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan kedekut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan penipu? Maka Nabi SAW menjawab: Tidak.
2. Mengumpat – iaitu menyebut keburukan seseorang pada waktu ketiadaannya. Bagi mereka yang bersama-sama di dalam majlis itu juga dikira dosa. Firman Allah SWT kepada yang menyebut keburukan orang lain bermaksud: “Sanggupkah kamu memakan daging saudaramu sendiri (Al-hujurat: 12).
3. Saksi palsu – Ia boleh mengubah yang benar menjadi salah, begitu juga sebaliknya .Tatkala Nabi SAW ditanya mengenai sebesar-besar dosa di sisi Allah SWT. Nabi menjawab: Syirik (menyengutu Allah), derhaka kepada kedua orang tua. Ketika itu Nabi SAW berbaring lalu bangun dan berkata: “Berhati-hati dengan saksi palsu”. Sehingga sahabat yang bertanya berkata:
“ Alangkah baiknya jika kami tidak bertanya”.
4. Sumpah dusta -Iaitu bersumpah dengan nama Allah SWT sedangkan dia mengetahui itu adalah dusta semata-mata. Sumpah inilah yang menggoncangkan Arash Allah SWT. Sumpah dusta akan menghancurkan rumah tangga, harta benda dan keturunan (Maksud hadis). Nabi SAW menceritakan bahawa Nabi Isa AS melihat seorang lelaki mencuri lalu bertanya kepadanya: “Kenapa kamu mencuri? Lelaki itu menjawab: “Demi Allah aku tidak mencuri”. Apabila Isa AS mendengar lelaki tadi bersumpah dengan nama Allah, maka nabi Isa AS menjawab: “Kamu di pihak yang benar dan sesungguhnya mataku yang berdusta (Demi mengagungkan nama Allah).
Malik bin Dinar (seorang Wali Allah) ketika berjalan di kota Baghdad, beliau melihat seorang pemuda mabuk menyebut nama Allah SWT. Malik berkata: “Adakah wajar kalimah Allah SWT keluar dari mulut seorang yang mabuk? Lalu diambil secebuk air dan membasuh mulut lelaki itu. Ketika tidur beliau mendengar ucapan berbunyi: “Wahai Malik, kamu sudah membersihkan mulutnya kerana kami lalu kami bersihkan hatinya kerana mu. Ketika beliau memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh, maka terpandang seorang lelaki sedang menangis. Apabila didekati itulah lelaki yang mabuk semalam. Malik bertanya: “Apakah gerangan kamu wahai saudara? Jawab lelaki itu: “Sesungguhnya yang memberi hidayah kepadaku sudah memberitahu mu mengenai aku semalam. Allahuakbar.
5. Melihat perkara yang diharamkan juga akan menghilangkan pahala puasa. Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi. “Pandangan adalah panahan beracun daripada pandangan iblis, sesiapa yang meninggalkannya kerana-Ku, akan Ku-gantikan padanya kemanisan iman di dalam hatinya. Sabda Nabi SAW kepada Saidina Ali: “Wahai Ali, tidaklah berlaku dua pandangan di mana pandangan pertama adalah untukmu dan pandangan yang kedua akan disoal oleh Allah SWT.
Sumber : http://albakriah.wordpress.com/2011/08/10/5-perkara-rosakkan-pahala-puasa/
Monday, August 8, 2011
Sunday, August 7, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)