Tuesday, September 4, 2012

PERSEDIAAN SEMASA PEPERIKSAAN

Peperiksaan UPSR akan bermula pada 11 hingga 13 September 2012. Semestinya murid-murid  Tahun 6 telah bersedia untuk menghadapinya. Namun begitu Unit Bimbingan dan Kaunseling  akan memberikan sedikit tips semasa peperiksaan.

Malam Peperiksaan
  • Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
  • Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
  • Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
  • Jangan lupa ambil sarapan pagi
  • Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
  • Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
  • Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
  • Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
  • Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.


Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.

Penerapan Nilai Murni


Program kaunseling dan penerapan nilai murni amat diperlukan dalam institusi kekeluargaan.

Nilai kekeluargaan juga perlu dipupuk sebagai perisai dan pelindung daripada gejala negatif yang melanda   anak-anak kita.


Kurang  bimbingan, kasih sayang dan perhatian menyebabkan anak-anak kita mengalih pandangan kepada rangsangan luar dan gejala sosial yang boleh membawa impak yang kurang sihat.

Kita sebagai ibubapa perlu peka kepada kualiti ikatan kekeluargaan.  Langkah menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak penting untuk membangunkan masyarakat yang kuat, stabil dan kukuh.

Peningkatan motivasi dan nilai murni yang berterusan akan meningkatkan kesedaran  anak-anak akan tanggungjawab terhadap diri, ibu bapa, masyarakat serta negara.

Nilai seperti taat, setia, hormat-menghormati, kesabaran, toreransi, harga diri perlu diterapkan melalui lagu, nasyid, ceramah, nasihat dan lain-lain medium supaya nilai-nilai kemanusiaan dapat dipupuk.

Nilai kemanusiaan yang kuat dan ikatan kekeluargaan yang mantap dapat membangunkan situasi dan suasana harmoni,  yang membawa kepada kemakmuran dan keamanan