Peperiksaan UPSR akan bermula pada 11 hingga 13 September 2012. Semestinya
murid-murid Tahun 6
telah bersedia untuk menghadapinya. Namun begitu Unit Bimbingan
dan Kaunseling akan memberikan sedikit tips semasa peperiksaan.
- Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
- Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
- Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
- Jangan lupa ambil sarapan pagi
- Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
- Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
- Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
- Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
- Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.