Friday, September 7, 2012
Tuesday, September 4, 2012
PERSEDIAAN SEMASA PEPERIKSAAN
Peperiksaan UPSR akan bermula pada 11 hingga 13 September 2012. Semestinya
murid-murid Tahun 6
telah bersedia untuk menghadapinya. Namun begitu Unit Bimbingan
dan Kaunseling akan memberikan sedikit tips semasa peperiksaan.
- Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
- Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
- Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
- Jangan lupa ambil sarapan pagi
- Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
- Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
- Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
- Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
- Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.
Penerapan Nilai Murni
Nilai kekeluargaan juga perlu dipupuk sebagai perisai dan pelindung daripada gejala negatif yang melanda anak-anak kita.
Kita sebagai ibubapa perlu peka kepada kualiti ikatan kekeluargaan. Langkah menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak penting untuk membangunkan masyarakat yang kuat, stabil dan kukuh.
Peningkatan motivasi dan nilai murni yang berterusan akan meningkatkan kesedaran anak-anak akan tanggungjawab terhadap diri, ibu bapa, masyarakat serta negara.
Nilai seperti taat, setia, hormat-menghormati, kesabaran, toreransi, harga diri perlu diterapkan melalui lagu, nasyid, ceramah, nasihat dan lain-lain medium supaya nilai-nilai kemanusiaan dapat dipupuk.
Nilai kemanusiaan yang kuat dan ikatan kekeluargaan yang mantap dapat membangunkan situasi dan suasana harmoni, yang membawa kepada kemakmuran dan keamanan
Tuesday, August 28, 2012
Monday, April 2, 2012
Tanda Insan Bahagia...
Assalamualaikum..
Hidup ini perlu berpesan-pesan..
Renungi kata-kata hikmat ini.. Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu,maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepadaNya.Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu,maka ALLAH menguji kesabaranmu.Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu,maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Tuesday, January 17, 2012
SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT BERCUTI
Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti kepada semua guru-guru, pelajar-pelajar dan staf SK Bukit Tunggal
Wishing you a happy
& prosperous Chinese New Year.
Thursday, January 12, 2012
PELAJAR CEMERLANG SENTIASA
TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL
MENGHORMATI ALLAH DAN RASUL
MENGHORMATI IBU BAPA
SENTIASA KE DEPAN DALAM PERKARA POSITIF
RINGAN TULANG
SELALU BERSEDIA, CEKAL DAN TABAH
MENGANGGAP KEGAGALAN DAN KESULITAN SEBAGAI UJIAN DAN CABARAN
LANGKAH UNTUK MENJADI PELAJAR BERMOTIVASI PADA ALAF BARU
1. BETULKAN NIAT BELAJAR
2. TENTUKAN MATLAMAT BELAJAR
3. SUCIKAN JIWA / PERASAAN
4. BERKEMAHUAN TINGGI.
5. TETAPKAN KEYAKINAN TINGGI.
6. MEYAKINI PERTOLONGAN ALLAH
7. TEWASKAN KESUKARAN
8. SENTIASA BERADA DALAM PERSEKITARAN YANG
POSITIF
9. MENEGUHKAN HUBUNGAN DENGAN GURU
10. BERGAUL DENGAN ORANG BERMOTIVASI.
11. JALIN PERSAHABATAN DENGAN ORANG YANG
RINGAN TULANG
12. WUJUDKAN HUBUNGAN KEMANUSIAAN YANG
HARMONI
13. WUJUDKAN PERSAINGAN YANG SIHAT
14 MEMBERI GANJARAN KEPADA DIRI SENDIRI.
15. MEMBERI PENGIKTIRAFAN KEPADA DIRI
SENDIRI.
16. ELAKKAN DARI MELAKUKAN KEKECEWAAN
KEPADA DIRI SENDIRI.
17. HAYATI SEJARAH TOKOH YANG BERMOTIVASI.
18. BELAJAR SECARA OBJEKTIF.
19. CIPTA BEBERAPA KEJAYAAN KECIL.
20. HAYATI AJARAN AGAMA.
"Tanpa ilmu, hilanglah kuasa, hambarlah iman dan suramlah taqwa"
2. TENTUKAN MATLAMAT BELAJAR
3. SUCIKAN JIWA / PERASAAN
4. BERKEMAHUAN TINGGI.
5. TETAPKAN KEYAKINAN TINGGI.
6. MEYAKINI PERTOLONGAN ALLAH
7. TEWASKAN KESUKARAN
8. SENTIASA BERADA DALAM PERSEKITARAN YANG
POSITIF
9. MENEGUHKAN HUBUNGAN DENGAN GURU
10. BERGAUL DENGAN ORANG BERMOTIVASI.
11. JALIN PERSAHABATAN DENGAN ORANG YANG
RINGAN TULANG
12. WUJUDKAN HUBUNGAN KEMANUSIAAN YANG
HARMONI
13. WUJUDKAN PERSAINGAN YANG SIHAT
14 MEMBERI GANJARAN KEPADA DIRI SENDIRI.
15. MEMBERI PENGIKTIRAFAN KEPADA DIRI
SENDIRI.
16. ELAKKAN DARI MELAKUKAN KEKECEWAAN
KEPADA DIRI SENDIRI.
17. HAYATI SEJARAH TOKOH YANG BERMOTIVASI.
18. BELAJAR SECARA OBJEKTIF.
19. CIPTA BEBERAPA KEJAYAAN KECIL.
20. HAYATI AJARAN AGAMA.
"Tanpa ilmu, hilanglah kuasa, hambarlah iman dan suramlah taqwa"
Tuesday, January 10, 2012
ADAB BELAJAR MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI
1. Mendahulukan salam kepada guru dan
bersalaman dengan bercium tangan sebagai
tanda penghormatan - ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh
guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan
walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14.Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15.Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru
keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan
kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini
boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima
waktu.
Subscribe to:
Posts (Atom)